Tuesday, 17 December 2013
Losing my heart
sakitnya kehilangan, Allah swt sahaja yang tahu erti derita itu. pengalaman dan air mata seiring meneman di setiap waktu. bukan mudah untuk dilupa disapu dengan senyum palsu.
peritnya membina kembali keyakinan ibarat membina mahligai debu di tengah-tengah padang pasir. sekelip mata ditiup angin, hilanglah dia. sekelip mata itu juga pasti rebah hilang segala ketabahan seluruh anggota dan rasa.
dan cita untuk digapai sebuah bahagia itu ibarat igauan ngeri yang mengiringi hidup setiap hari. dan malam tak lagi lena dek ditemani mimpi-mimpi ngeri.
bukan aku tak suka, tapi sakitnya sebuah rasa, takkan mampu ku lupa sampai hujung nyawa.
Subscribe to:
Comments (Atom)